Bandar tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017

Kuala Lumpur
Kedudukan Kuala Lumpur di Malaysia.

Mengikut tradisi Sukan Asia Tenggara, setiap ahli Persekutuan Sukan Asia Tenggara (South East Asian Games Federation), menganjurkan Temasya Sukan Asia Tenggara mengikut giliran. Setiap negara ditetapkan satu tahun tertentu untuk menganjurkan temasya sukan, tetapi bebas untuk memilih sama ada ingin menganjurkannya atau tidak.[8]

Pada Julai 2012, sebuah mesyurat Persekutuan Sukan Asia Tenggara di Myanmar telah pasti bahawa Malaysia akan menganjurkan Sukan Asia Tenggara pada tahun 2017, sekiranya tiada negara rela menganjurkan temasya sukan dwi-tahunan tersebut.[2] Ketua setiausaha Majlis Olimpik Malaysia Sieh Kok Chi yang menghadiri mesyuarat berkata bahawa Myanmar akan menganjurkan Temasya Sukan pada tahun 2013, manakala Singapura pada tahun 2015. Temasya Sukan 2017 sepatutnya dianjurkan Brunei mengikut giliran, tetapi Brunei memilih untuk menganjurkan temasya sukan 2019. Oleh itu, Malaysia secara rela hati menjadi tuan rumah Sukan Asia Tenggara 2017.

Rujukan

WikiPedia: Sukan Asia Tenggara 2017 http://home.hooha.asia/LarianSukanSEA2017.aspx http://www.mumbrella.asia/2016/06/dentsu-appointed... http://www.thehive.asia/2017/08/sea-games-2017-rev... http://www.astroawani.com/berita-sukan/sebanyak-2-... http://www.bangkokpost.com/news/sports/1315347/an-... http://www.bangkokpost.com/news/sports/1316543/gov... http://www.bolasport.com/read/olimpik/ragam/182214... http://www.weekender.bworldonline.com/2015/09/25/r... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/se... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/se...